Sunday, January 30, 2011

Kita manusia, bukannya satelit yang mampu mengorbit angkasa.

Kalau dah sebut manusia, mana ada yang sempurna bukan?

manusia dah sebati dengan sifat ketidaksempurnaannya. maka dengan itu, janganlah dikau cari seseorang yang sempurna. kerana pencarian itu tidak akan berjaya sama sekali. noktah.

haha. aduh, apesal ngan wa ni. okay, kita teruskan.

hari ini aku duduk rumah goyang kaki. tak ada kerja nak buat. okay memang ada kerja tapi aku buat-buat macam tak ada kerja. bangun pukul 7.20 pagi dikejutkan oleh bunyi telefon yang kuat berdering. campur pula dengan cuaca sejuk memandangkan hujan tak berhenti-henti membuatkan aku tak boleh lari dari selimut.

hujan daripada pagi sehingga sedikit petang, masih tak berhenti.

suasana macam ni seronok untuk aku berfikir. menenangkan fikiran sambil golek-golek atas katil dibaluti dengan selimut dan ditemani oleh teddy bear kesayangan. tenang. sangat.

puas berehat, aku mencapai gitar dan berfikir lagu apa yang hendak dimainkan. buntu. aku keliru. kenapa dengan aku? haih..

*mengeluh*

aku kembali ke katil. duduk bersila. berfikir.

then..

hah! okay.. pantas turun ke bawah, menuju ke arah dimana pc kesayangan ditempatkan, dalam bilik belajar. on pc, bukak blogspot.com.

lalu aku mencoret sedikit sebanyak apa yang difikirkan sambil mengetuk-ngetuk papan kekunci tanda sedang berfikir.

(walaupun hakikatnya aku tengah serabot sekarang ni)

setiap hari aku berhadapan dengan pelbagai ragam manusia. setiap hari ada je yang tak kena. itu-ini, masalah remaja, hati dan perasaan, belas kasihan, persahabatan dan simpati. semua tu tak lari daripada kehidupan aku sebagai seorang remaja.

tapi yang ini lain. kali ni lain.

lain sedikit mungkin?

*diam*

aku belajar bagaimana cara menghargai seseorang
aku belajar bagaimana cara mentafsir seseorang
aku belajar bagaimana cara menilai perasaan diri ini
aku belajar mencari apa yang pasti dan tak pasti
aku belajar mengenali dunia yang masih luas ini
aku belajar tentang manusia semua tak sempurna
aku belajar yang baik pasti ada buruknya
dan aku belajar mengenali diri sendiri.

luas lagi dunia ni, banyak lagi yang perlu dipelajari, difahami, diterokai.

apa yang pasti, yang diluar cantik tak semestinya dalamnya cantik juga. tak ada yang sempurna, pasti ada cacat celanya.

macam kau kenal seorang brader ni, kuat berjaga malam, kaki smoke, hari-hari main musik tepi tembok, rambut panjang ala-ala rockers sejati, kerja nak bersuka ria je tak ingat masa depan, tak semestinya dia pernah bunuh orang kan? tak semestinya dia tinggal solat kan?

dan tak semestinya kalau aku keluar pagi balik tengah malam, aku adalah perempuan jahat? come on lah. berfikir diluar kotak. jangan jadi katak dibawah gelas. manusia memang macam ni, kadang-kadang tu paranoid terlebih-lebih sampai menyusahkan orang lain. lagi-lagi kalau yang IB (internet bergerak) tu. itu lagi payah!

tuntasnya disini, don't judge people by it's cover. to me, lantak lah kau ni macam mana rupanya. janji kau baik dengan aku, aku terima kau macam kau terima aku. itu sudah memadai.

tak semestinya buah yang cantik itu isi didalamnya tak busuk.

yang penting.. niat, ikhlas berkawan.

yang itu jangan lari.

*senyum*

p/s: 17, angka yang kecil tapi memadai untuk aku belajar dari segala yang pernah aku alami. mungkin ini titiknya aku perlu balajar untuk jadi lebih matang. mungkin juga kan.. ;)

2 comments:

  1. Ape Itu Kasih Sayang?
    Alkisah pada suatu hari di sekolah,seorang murid bertanya pada guru.ketika itu guru itu sedang mengajar mengenai kasih sayang.

    pelajar: cikgu,mcmna kte nak plh seorang yang terbaek sbg orang yg plg kita syg? mcmna juga ksh syg itu nk berkekalan?

    cikgu:ok kamu ikut ape yg sy suruh.kamu pergi ke padang...kamu berjalan di atas rumput..smbil memandang rumput di depan kamu..pilih yang plg cantik tanpa menoleh ke blakang la walau sekali. dan petik rumput yg plg cantik,bawa ke kelas apabila pelajar tersebut plg ke kelas , tiada sehelai rumput pun di tgnnye.cikgu bertanya,knp rumput yg di pilih?

    pelajar:td masa sy berjalan,sy carilah rumpur yg plg cantik.mmg ada byk yg cantik.tp ckgu kata yg plg cantik maka sy pown trus berjalan ke depan smbil mencari yg plg cantik..tanpa menoleh ke belakang...tp smpi di pghujung padang,sy xjmp yg plg cntik.mgkin ada di antara yg di blkang sy td rumput yg plg cantik.tp da ckgu ckp xley menoleh ke belakang semula. jd xda rumput yg sy pilih..

    cikgu: ya itulah jawapannye... maknenye apabila kita telah berjumpa dgn seseorang yg kita syg..jgnlah kita mencari lg.. yg lbh baek dari itu...kita patut hargai orang yg berada di depan kita....


    wakakakak. ade kne mngena kew ngn cte alyn nih?kwang3, bengong tahap 3 nih. hahahahhaa

    ReplyDelete
  2. hahah mesti la ada. point dia ; kene bersyukur dgn apa yg kita ada. hihihihi. panjangnye comment. ingat ckp pasai ape la td ;p

    ReplyDelete