Thursday, March 10, 2011

Malang memang tak berbau, tapi saya macam dah terbau malang tu.

Semalam pada petangnya aku ke balai bomba dan penyelamat Seri Kembangan. Tujuannya untuk buat latihan kawad hos basah. walaupun kaki aku tak pulih sepenuhnya lagi, tapi aku tetap pergi. cuma tak push lah. buat setakat yang aku mampu.

Sampai balai, cikgu tanya kaki aku okay ke tidak, aku cakap better la daripada awal-awal injured haritu. Maka dengan itu kitorang pun siapkan barangan keperluan untuk kawad hos kering persendirian.

1- Hos
2- Nozzle
3- Glove
4- Jacket Api
5- Helmet

Tapi Jacket Api dan Helmet tak pakai pun sebab takut kes Senior aku dulu berulang. Ada lah sejarah disebalik latihan hos persendirian ni. malas pulak aku nak cerita. Mood membebel tak datang lagi. Ha, So.. Aku dengan muka kurang konfident-nya berdiri disebelah hos yang beratnya dalam 23kg, panjangnya 100 kaki, dan bewarna merah ke-oren-an sedikit itu.

Aku cuba untuk 'kekuda' dan mengangkat hos itu.. tapi kaki aku tiba-tiba sakit. jadi aku pun letakkan semula hos itu kebawah. dan berundur kebelakang. Cikgu Badrul pun berborak-borak dengan aku.

Katanyaaa..

"Dulu saya pun ada injured macam kamu ni.. ada rasa lutut terpusing sikit kan? 10 tahun saya tanggung sakit lutut ni, sampai sekarang tak baik sepenuhnya lagi. dia baik, tapi nanti dia datang balik. kamu patut pergi X-Ray lutut kamu tu.. takut jadi macam saya ni haa"

aku mula tertarik dan berminat nak berborak dengan lebih lanjut.

"cikgu punya lutut kenapa? tengok okay je tu?"

"Saya masa rekrut dulu ada accident sikit, macam kamu lah. kena kat lutut.. bila X-Ray, Tulang lutut saya ni dah lari dari kedudukan asal. dia macam loose sikit. sampai sekarang tak baik lagi ni. patutnya kena operation, tapi saya malas lah nak operate-operate ni.."

Time ni aku.. OH MY GOD! OPERATE?? sumpah cuak gila wa cakap lu. terdiam sejenak.

"yeke cikgu? dulu cikgu rasa macam mana? ni cikgu boleh je jalan, kawad ape semua? tapi haritu saya jumpa doktor dia cakap takpayah X-Ray.."

"memang boleh.. tapi kadang-kadang sakit tu datang jugak. takboleh lasak sangat.. Saya bukan apa, tapi serius saya cakap Doktor tu memang bengong. tau tak bengong tu apa? bukan nak mengata, tapi doktor yang rawat kamu tu doktor apa? lelaki ke perempuan?

"lelaki.."

"lelaki kan? ha, standard lah tu doktor lelaki kat malaysia memang macam ni. ambil mudah. sebab.. benda kalau dah melibatkan lutut.. wajib X-Ray tau tak.. Tempurung lutut semua tu, ingat tak bahaya ke?"

Sekali lagi aku terdiam.

"adoi cikgu.. jangan buat saya takut.. habistu macam mana ni cikgu.." (muka wa time ni memang taktau lah nak cakap macam mana)

"bukan nak buat awak takut, saya bagitau apa pengalaman saya je.. takut kamu jadi macam saya ni ha. sampai sekarang sakit lagi. sekarang, awak balik nanti awak bagitahu mak kamu, ajak dia pergi X-Ray lutut awak.. kita bukan tahu apa jadi kat dalam tu.. kadang-kadang nampak macam sakit biasa, tapi dalam kaki tu kita tak nampak ape-ape yang terjadi"

SUMPAH WA TERDIAM. KAW KAW PUNYA DIAM WA CAKAP LU. TERKUNCI TERUS MULUT NI. THEN WA UNDUR DUA-TIGA LANGKAH, TERUS DUDUK. SPEECHLESS.. MASATU MEMANG SERABOT SANGAT.

tadi kat sekolah, masa latihan kompang, aku berdiri. tiba-tiba kaki aku berdenyut-denyut. rasa macam ada benda cucuk-cucuk. sakit yang amat. aku duduk. cool sekejap, lepastu dia okay balik.

Sampai rumah, bukak Knee Support, sakit balik. dia macam datang dan pergi sesuka hati lah.. huh.. Ya Allah. Harap-harap lutut aku tak apa-apa. amin.

Mak, bila nak X-Ray? *takut*

P/s: Dengar lagu metal buat aku lupa sekejap semua masalah. terima kasih, 'Lagu'.

No comments:

Post a Comment