Monday, March 7, 2011

Pok pek pok pek pok pok pok bujang lapok.. aik?

Membebel.

aku suka membebel. tak tahu kenapa. mungkin aku berjangkit daripada mak. mak memang suka membebel (dan aku sangat tak suka bila aku dibebel). Okay mak memang selalu mebebel kat aku. bukan kakak-kakak aku, bukan juga abang-abang aku. ya, aku lah yang selalu dibebel kerana aku yang paling nakal dan selalu tak dengar cakap mak. hahaha. yelaaa, aku tahu aku selaku anak yang paling nakal. aku tahu.

(ayat touching tuuu.. lalala~)

so, aku ni kiranya macam berjangkit dengan mak aku la. bebel ni dah macam habit pulak. serius, kadang-kadang aku pun tak perasan yang aku tengah membebel.

*jelir lidah*

perempuan dengan membebel dah macam isi dengan kuku. walaupun aku sendiri tak suka kena bebel, tapi aku suka membebel. haiyak! macam mana nak bagi kurang sikit membebel ni ha? tolong laaa aku.. aku kesian kat kawan-kawan aku. diorang hari-hari kena dengar apa yang aku merepek membebel ntah pape tu. aaaaa.. tolong sayaaa.. sayaa.. nak... berhenti... cakap merepek-repek.. wuu.. tolong.. help..

okay cukup. takpayah nak emo sangat lynn. relax, cool je. takpayah kecoh-kecoh.

Ermm.. aku tak pernah cerita pasal siblings aku kat blog kan? hihihi. tiba tiba rasa macam nak cerita kat sini pulak. jeng jeng jeng..

nahh..


tadaaaa.. hahahah yang belakang tu cencored sebab muka takboleh belah je time tu. hihihi.

Ni nak cerita satu per satu..

Along,
Kakak aku yang pertama nama Nurul Ainn. Dalam gambar dia yang paling rendang sekali (tudung hitam). Kalau balik kampung, semua orang ingat dia anak bongsu, sebab dia paling rendah, adik-adik dia semua lagi tinggi dari dia. Sekarang dah bekerja. dekat KLIA sebagai Airplane traffic controller, erk? aku pun tak sure betul ke tu kerja dia tapi lebih kurang macamtu la. kaki shopping dan takboleh nampak perkataan "SALE". kat bilik aku tu penuh dengan segala kasut yang dia beli. tak termasuk baju dia lagi. penuh almari! haha. Umur 25 tahun dan masih available. sape nak isi borang jadi abang ipar aku mari lah.. Bila lah kakak aku nak kahwin ni? *gelak*

Angah,
Kakak aku yang second nama Nurul Assyiqeen. Tu, baju hijau kat atas tu. Huih, dia ni gangster wa cakap lu.. dulu pernah join Wataniah. yang askar sukarela tuu.. Bawak kereta macam nak race je. tapi rock-rock dia pun, dia punya masakan.. perghh, terbohek wa cakap lu. kek coklat resipi dia pun sedap. dia ni suka memasak, ada je resipi baru nak buat. hahaha. sekarang masih study di UiTM Shah Alam. Umur 24 tahun. dia suka gadjet dan ada BLACKBERRY BOLD! arghhh sumpah jeles. *jelir lidah*

Alang,
haa, anak ketiga tu dia yang baju oren tu.. tu abang pertama aku, nama dia Ariff Hafeezy. panggil Egy je. berumur 22 tahun dan sudah berpunya. (jangan nak ngorat yaa) sekarang masih belajar di Unisel Shah Alam, course Art and Graphic Design. Uih, aku nak amik course tu jugak nanti. (kalau boleh lah) Dia hebat guna photoshop dan segala software editing. sekarang dia jadi Free Lens kat kenduri-kenduri kahwin. on the way nak practical. Oh ya, lupa pulak.. dia ada D90!! arghhhh!!~ (camera idaman aku okay) selain daripada editing, and buat kerja photography, dia jugak main band music. dan dia anak pertama yang bawa pulang gitar kerumah, lantas aku pun terbejangkit minat gitar dari dia..

Acik,
Ituuu diaaaa abang aku yang kedua, nama dia Ariff Ridhwan, panggil Ewan je. dalam gambar tu, dia lah yang paling tinggi. macam galah dah aku tengok. hahaha. dia ni otak mathematic. Addmath tu celah gigi dia je aku rasa. Sekarang still belajar kat UiTM Pulau Pinang, course Mechanical. Dia nak jadi engineer. masa kecik-kecik, dia ni lah jadi teman aku mandi, main kereta control, pergi cc, and pendek cerita, dia la abang yang paling rapat ngan aku masa kecik-kecik dulu. Psstt.. dia pun main band music jugak. Lead guitar kalau tak silap aku. Kalau dia Goreng, fuhh.. terdiam aku tengok. kira dua-dua abang aku memang main music lah. Umur 20 tahun dan masih available. *gelak*

Adik,
Haa~! aku la adik tu. Nurul Wan Adzlyn. nak tau kenapa nama aku panjang? hahahaha. aku pun tak tau kenapa nama aku panjang. kalau nak tau, kau pegi lah tanya mak aku. Umur 17 tahun. masih sekolah dan bakal menduduki SPM pada hujung tahun ini. Anak yang paling malas, nakal, tak dengar cakap, semua sifat nakal ada kat aku. tapi senakal-nakal aku pun, aku manja dengan Abah. dimana, anak-anak abah yang lain tak manja dengan abah, diorang semua rapat ngan mak. dulu abah garang woo. sebabtu diorang semua tak rapat ngan abah. tapi biasalah, anak bongsu kan.. mesti jadi anak kesayangan papanya. rindu abah sangat-sangat. harap abah tenang disana ya! amin..

Dah lah tu, penat aku menaip.. nak cerita panjang lebar pun tak boleh, public ni. kena tapis-tapis. hihihi. tapi tu lah sedikit sebanyak tentang adik-beradik aku. 5 orang jee, tak ramai mana pun. tapi 5 orang pun, meriah jugak kalau semua ada kat rumah.

ni masing-masing sibuk dengan comitment masing-masing, tinggal lah aku dengan Egy kat rumah.. huuu.. sayang semua!


bila nak balik ni?

*senyum*

No comments:

Post a Comment