Wednesday, March 9, 2011

Tentang si pok pek pok pek itu..

(part 1)

S : Kenapa suka merepek dekat blog?
J : Tak tahu lah awak, bila saya dah menaip atas papan kekunci, tap tap tap tangan saya lajuuuu je tekan apa yang terlintas dalam otak saya. okay, atau dengan bahasa yang lebih ringkas.. ya, saya memang suka merepek.

S : Kenapa blog anda semakin membosankan ek?
J : Uih, sebab blog saya penuh dengan tulisan kot.. baiklah, saya akan cuba menceriakan blog saya jika saya ada masa terluang nanti. lebihkan jenaka, gambar-gambar dan sebagainya.. tapi sekarang saya busy lah, ada masa nanti saya buat ya! maaf ya kawan-kawan.

S : Macam mana dengan kehidupan anda? ceritakan sedikit..
J : Life? oh.. macam biasa sajee. saya sama seperti remaja yang lain.. bersuka ria selagi boleh. Serabot tu selalu.. yelah, tak fun lah kalau life takda dugaan kan? tapi pandai-pandai lah cover balik. normal lah remaja dengan masalah.. lagi-lagi masalah tentang hati dan perasaan, persahabatan, and pelajaran.. enjoy your life beb..

S : Agak-agak orang suka ke dengan blog anda ni?
J : Sorry kak, jawapan tu hanya ada pada sang pembaca blog saya ni. tapi harap-harap mereka suka lah, saya tak mampu nak puaskan hati semua orang.. tapi saya cuba okay!

S : Karakter kamu macam mana ya? terangkan serba sedikit.. biar diorang tahu macam mana perangai kamu..
J : Senang cerita, saya ada dua karakter. kadang-kadang saya boleh jadi seorang yang sangat kebudak-budakan (erk?) sebab saya anak bongsu dan kadang-kadang juga saya boleh jadi seorang yang keras kepala, lebih ke-kelakian sedikit., atau dengan kata lain, saya ikut perangai abang-abang saya. membahan, gelak tak ingat dunia, buat kerja 'gila' dan sebagainya. kira macam ikut mood lah.. tapi biasanya saya jadi karakter yang kedua tu. atau lebih mudah, happy-go-lucky kot? lebih kurang lah..

S : Macam mana dengan kawan-kawan? boleh terima perangai kamu tu? kot kot ada yang tak berkenan kee.. (?)
J : Alhamdulillah lah, setakat ni mereka boleh terima. tak ada yang jumpa saya cakap "alynn aku tak suka perangai kau lah, tolong ubah okay?". tak tahu lah kalau ada yang tak suka, mintak maaf lah ya. saya memang begini. lagi satu, mungkin faktor saya jadi macam ni ialah kerana kawan-kawan saya semua memang perangai begini. jadi, mana mungkin mereka kurang senang sedangkan kami sekepala? kan..

S : Dengar cerita kamu sering lambat ke sekolah? betul ke?
J : Uihh.. kelasss kauuu nokkk.. mana awak tau ni? hot jugak saya kan? (gelak) ya memang saya sering lambat ke sekolah.. bukan sekolah sahaja, tempat lain pun saya memang sering jadi insan yang terpaling lambat sampai. I'm a last minute girl. tanyalah kawan-kawan saya.. kalau pagi-pagi nak masuk dalam sekolah tu, lalu kat gate takpayah berhenti tulis nama. pengawas yang jaga gate dah tuliskan awal-awal nama saya bila dia nampak saya turun daripada motor kat tempat parking.. (still gelak) ya, saya memang nakal.

S : Sports? ada minat atau main apa-apa sukan?
J : Ohh, ada-ada. Netball, Handball, Volleyball and kadang-kadang layan jugak Futsal kalau member-member ajak.. Lepas SPM nanti akan giat balik main Futsal kot? sekarang focus study dulu lah kan.. Saya kalau dalam padang dengan luar padang, berbeza sangat perangai.. dalam padang saya akan jadi seorang yang agak GARANG dan PANAS BARAN. (lagi-lagi kalau padang kawad) pernah sekali, masa lawan Mini Olimpik Bola Jaring, saya dibuang keluar daripada padang sebab main dengan agak ganas dan.. ntah. hahaha. muka wa time dalam padang comfirm merah punye wa cakap lu!

S : Music pula? macam mana? komen sedikit..
J : Oh, saya sebenarnya dah fed up main gitar (sebab malas nak belajar power chord).. rasanya nak berhenti main gitar dalam masa yang terdekat ni sebab kalau saya belajar main gitar, hari-hari saya menghadap gitar je. sebab macam focus sangat.. buku tak sentuh langsung. saya memang jenis yang tak boleh focus buat dua kerja dalam satu masa. lagipun saya main gitar ni saje je mengisi masa lapang.. dan.. saya ingat nak belajar main piano.. atau drum? macam best je kan.. tengok lah macam mana.. papepun, spm dulu bro..

S : Hmm.. macam mana dengan Movie? Tv?
J : Aduh kak.. part ni saya lemah.. saya memang betul-betul jarang tengok tv ataupun wayang. bukan tak suka, tapi saya lebih sukakan teknologi yang memerlukan perhubungan dua hala. Internet, Handphone, dan sebagainya. Atau mungkin juga sebab saya memang jarang menghadap tv kat rumah.. saya prefer internet daripada tv. taktahu lah kenapa.. tapi kadang-kadang layan jugak cerita-cerita dalam tv ataupun panggung..

S : Haa, ni soalan cepumas! sudah berpunya ke? *kenyit mata*
J : aik kak, cepumas je? cepuberlian takda? (gelak) takdelah.. oh, belum lagi la. kalau nak tahu, sepanjang hidup ni saya belum pernah in a relationship dengan siapa-siapa pun. setakat scandal-scandal macam tu ada lah. kawan-kawan saya asyik tanya, "alynn, bila aku nak tengok kau couple ni.. teringin dooo" tapi saya buat bodoh je hihihi. alah, kalau ada tu, nanti saya bagitahu lah ya. iyaaa, tak sorok punyeee.. hahaha!

S : Ohh.. jadi, boleh isi borang lah ni?
J : (gelak lagi) ya yaaa, boleh boleh.. silakan.. takda masalah.. :)

S : Okay lah, ada apa-apa lagi nak cakap?
J : Hmm, Tak tahu lah.. selamat membaca blog saya dan terima kasih kerana sudi memblogwalking kedalam adziest-lynn ni ya. jangan lupa datang lagi.. kedatangan anda amatlah dialu-alu kan.. terima kasih terima kasih.. toceh toceh..

S : Jadi sampai disinilah temubual saya dengan awak ya? nantikan temubual part 2 pulak..
J : baik kak.. takdahal, akak boleh datang bila-bila masa yang akak nak. saya ada je kat sini.. ada masa kita lepak kedai mamak borak-borak ya..


P/s: Hahahaha, bajet cam artis pulak nak ade reporter tanya-tanya bagai.. takpe, sekali sekala perasan tak salah kan.. *jelir lidah*

No comments:

Post a Comment