Sunday, April 19, 2009

Catatan buat engkau Gadis Cantik molek berkulit hitam manis,

Sahabat aku,


Terkejut bercampur tidak percaya aku mendengar cerita engkau tentang si dia yang tidak menghargai jasa jasa kau. pabila dan saat aku mendalami isi hati kau, aku turut merasainya. kenangan pahit manis antara suka duka yang berlaku sejak kebelakangan ini dapat aku gambarkan. betapa kecewanya engkau. jangan kau kisahkan si dia yang tidak menghargai kau itu, nyahkan saja dia dari hidupmu. biar dia dengan hidup dia, biar dia dengan jejaka jejaka yang telah membuat dia lupa dengan diri dia. biarkan sahaja. biar dia tahu siapa yang menjadikannya begitu. biar sahabat, biar. kerana itu lebih bagus, bukan ?



buatmu si Gadis Hitam Manis,



Suka keadaan macam ni ? yang tegang menyapa antara iya tak iya, pura pura ramah sedangkan jelas-jelas tarik muka satu satu. Dunia yang dirasakan Satu tetapi dua dalam masa yang sama. Sini kata iya, sana kata tidak. Jangan jadikan Hipokrit alasan untuk menjaga hati. Adakah ini yang kau mahukan ? Ini ke yang kau janjikan ? Ini yang terbaik ?



Kalau diizinkan, boleh aku bertanya kepada kau wahai gadis cantik ? tidakkah engkau tahu ? tidakkah engkau sedar yang selama ini kau telah mengawal dan mengatur apa yang sahabat aku lakukan untukmu ? Kau telah menyiat hati dia dalam diam diam. tidak dinafikan manusia boleh bersabar. tetapi sabar itu ada batasnya. jadi jangan salahkan kami jika kesabaran itu sudah tiada.



mungkin tanpa kau sedari kau telah melakukan satu kesalahan dimana kau telah meminta dalam masa yang sama kau juga memaksa. sejujurnya pada mulanya aku sudah menjangkakan kau akan jadi begini setelah mendapat tahu segalanya. kau lupa. kau alpa. leka dengan kata kata si kumbang yang manis. kata kata lelaki buaya di luar sana. percayakah engkau dengan lelaki di alam maya ? oh bodohnya engkau jika mempercayai setiap bait bait yang dicurahkan itu.



jadikan diri sendiri sebagai idola. yang bakal membawa engkau ke dunia nyata. kejarkan yang mana perlu. agar kau dapat kembali seperti dulu. aku disini, sentiasa bertolak ansur. jika kau kata iya, iya juga aku cubakan. jika kau kata tidak, itu semestinya ditentang habis-habisan. bukanya aku ni bagus sangat. ak tak sesempurna engkau wahai gadis hitam manis. sedarkan diri kau itu dulu, fikir dan tanya kepada sesiapa jika perlu.



jika digunakan abjad, A kata iya, B kata tidak. C kata perlu, D kata mahu. dan E kata Berbeza. Fahamkan engkau ? boleh aku tanya ? ayat yang mendalam ini hanya boleh difahami oleh kau wahai gadis hitam manis.



Kalau itu yang engkau mahu, aku tidak membangkang, malah lebih bahagia kerana engkau telah memilih jalan sendiri tanpa bantuan orang lain. itu yang tidak pernah engkau lakukan. hantarlah berapa banyak konco konco yang kau ada, hantarlah mereka mereka supaya kau boleh dapat lebih banyak maklumat. hantar lah walau kerabat diraja, selagi kau tak berhadap dengan aku dan dia, kitorang takkan kata apa apa. sini kata iya, sana kata tidak. begitulah hakikatnya. hanya dengan kau wahai gadis Cun, aku dan dia boleh berkata. hanya itu. okay ?



"Become a better Person and be sure to know who You are before meeting Someone New and hoping that Person knows who You are"

2 comments: