Wednesday, February 2, 2011

Bukan niat mahu mencuri idea, sekadar mencuba.

Jangan bilang tidak, jika kita belum mencuba! okay takda kena mengena.

Aku sangat-sangat-sangat (triple sangat) berminat dengan apa yang 'akak' ni buat,(sila klik Azreen Chan di facebook search untuk lihat hasil kerja dia.) lukisan dia sangat cool. aku suka. SANGAT SUKA. kau tak nampak ke betapa aku sukanya pada lukisan-lukisan dia? tak cukup lagi? nak aku tulis lagi besar? huu.

maka dengan itu aku pun mula mencuba nasib.

berikut adalah salah satu daripada hasil lukisan 'akak' tu.

alololooo.. cute kan? suka doh! <3

dan ini pula hasil lukisan aku. jeng jeng jeng.. (bajet nak suspen je)


okay memang la tak secantik macam 'akak' tu buat. aku tahu. comot-comot lagi. garis pon menggigil-gigil je. aku kan baru belajar, tak pro lagi.

aku perlukan banyak latihan. kena melukis setiap hari.

eh, aku gunakan pen ni untuk melukis


aku suka pen ni! sangat suka okay? ink dia terbaik wa cakap lu.

*gelak*

oh ya, memang kerja ni perlu dibuat dengan teliti. aku dok ngadap laptob sehari suntuk untuk menyiapkan 'natang' ni lah. sikit punye berkerut-kerut muka aku focus nak tengok setiap garis garis halus yang 'akak' tu buat. aku taktau lah macam mana dia dok buat bendealah ni setiap hari. sakit mata aku tenung screen laptob tu. mak aku pon terkejut tengok aku focus buat kerja sampai macam ni sekali. tak pernah-pernah alynn buat kerja dengan se-focus begini. percaya tak?

aku harap kali ni minat aku dalam bidang ni tak lari lah kan. sebab aku ni selalu beralih arah. macam lalang. kejap macamtu kejap macam ni. hihihi.

oh lagi satu,

kelas pendidikan seni aku bermula selepas cuti tahun baru cina! yey, wish me luck.

*kenyit mata*

erk.. sebenarnya entry ini aku nak post tahun lepas! tetapi lupa nak post pula.

*sengih*

p/s: serius, bukan niat mahu meng-copy tapi aku cuma cuba untuk melakar dan takda idea lagi. maaf ya kak. lepasni saya guna idea saya sendiri ya!


No comments:

Post a Comment